Advokasi Klik Dengan Bijak (Maklumat palsu)

1 November 2021 | Aktiviti Terkini

Advokasi Klik Dengan Bijak (Maklumat palsu) ini diadakan pada hari Sabtu 30 Oktober 2021. Advokasi tersebut diadakan bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pengguna mengenai penyebaran maklumat palsu di media sosial dan internet. Advokasi Klik Dengan Bijak yang berlansung secara atas talian menerusi Google Meet tersebut berlangsung selama 30 minit bermula dari pukul 2.15 petang ini disertai oleh 4 orang pelajar sekolah rendah dan 2 orang dewasa. Advokasi dimulai dengan menjelaskan secara terperinci maksud maklumat palsu serta contoh-contoh maklumat palsu yang terdapat di dalam media sosial dan internet. Kemudian pengguna diterangkan cara mengenal pasti maklumat palsu, ciri-ciri maklumat palsu, kemudaratan penyebaran maklumat tidak benar dan cara menilai maklumat yang diperolehi. Kelas tamat pada pukul 14.45 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali