Kelas Laman Web (E-recruitment) dan Advokasi KDB

23 November 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Laman Web (Erecruitment) dan Advokasi KDB ini diadakan pada hari Isnin 22 November 2021. Kelas tersebut diadakan bagi membantu pengguna mendaftar ke laman web E-recruitment Sawarak dan berkongsi maklumat advokasi klik dengan bijak. Kelas yang berlansung di PEDi Kg Pandan selama 2 jam bermula dari pukul 2.00 petang ini disertai oleh 1 orang dewasa. Kelas dimulai dengan menerangkan secara ringkas mengenai laman web E-recruitment kepada pengguna. Staf PIK kemudian memberi tunjuk ajar cara membuat pendaftaran dan cara log masuk ke dalam laman web tersebut. Staf turut membimbing pengguna cara untuk mengisi maklumat-maklumat penting ke dalam laman web tersebut. Selain itu, staf menerangkan secara ringkas mengenai advokasi maklumat palsu dan mengajar pengguna cara mengesahkan maklumat atau berita menggunakan laman web Sebenarnya.my. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali