Kelas E-Learning (Program Atas Talian)

14 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas E-Learning (Program Atas Talian) ini diadakan pada hari Sabtu 13 Mac 2021. Kelas tersebut diadakan bagi membantu pelajar Sekolah yang mempunyai program secara atas talian. Kelas yang berlansung di Pusat Internet Komuniti Kg Pandan melalui Google Meet selama 3 jam bermula dari pukul 9.30 pagi ini disertai oleh 2 orang pelajar Sekolah Menengah (Tingkatan 6).

Untuk kelas berikut para pelajar menggunakan kemudahan Komputer dan Internet yang terdapat di PIK bagi mengikuti kelas E-Learning anjuran pihak Sekolah. Staf PIK memberikan tunjuk ajar kepada para pelajar cara mengakses Program yang dijalan secara atas talian tersebut, dan staf PIK membantu dalam meningkatkan pengetahuan pelajar dalam carian maklumat di Internet. Kelas tamat pada pukul 12.30 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali