Kelas E-Learning (E-Kelas Maxis)

19 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas E-Learning (E-Kelas Maxis) diadakan pada hari, Isnin 18 Januari 2021. Kelas tersebut diadakan bagi membuat pendaftaran pelajar baru dan mendedahkan pelajar baru dengan portal E-Kelas Maxis. Kelas yang berlansung di Pusat Internet Komuniti Kampung Pandan, selama 1 jam bermula dari pukul 3.30 petang ini disertai oleh 2 orang pelajar Sekolah Rendah.

Dalam kelas berikut staf PIK membantu pelajar dalam proses pendaftaran ke akaun baru. Pelajar turut diberikan tunjuk ajar tentang cara mengakses serta cara menggunakan portal E-Kelas tersebut bagi tujuan membuat latihan atau mengikuti sebarang aktiviti pembelajaran. Kelas tamat pada pukul 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali