Kelas Keusahawanan (Canva)

30 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Keusahawanan (Canva) ini diadakan pada hari Jumaat 29 Oktober 2021. Kelas tersebut diadakan bagi meningkatkan kemahiran usahawan dalam penggunaan internet dan laman web Canva dalam menghasilkan senarai menu untuk perniagaan beliau. Kelas yang berlansung secara atas talian menerusi Google Meet tersebut berlangsung selama 1 jam 30 minit bermula dari pukul 2.30 petang ini disertai oleh 2 orang dewasa. Kelas dimulai dengan menerangkan mengenai laman web Canva kepada para usahawan. Staf PIK kemudian menunjukkan contoh-contoh templat yang boleh digunakan bagi menghasilkan senarai menu bersesuaian dengan perniagaan. Staf PIK turut membantu dan menjelaskan 3 templat yang bersesuaian dan menunjukkan cara mengedit templat tersebut. Usahawan turut diberi tunjuk ajar cara memasukkan gambar atau grafik yang menarik ke dalam templat menu. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali