Bual Bicara Bersama Pegawai Koordinasi PPV Lundu
29 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniBual bicara bersama Pegawai Koordinasi PPV Lundu ini diadakan pada hari Isnin 28 Jun 2021. Bual bicara tersebut diadakan bagi berkongsi informasi mengenai program vaksinasi Daerah Lundu dan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan vaksin. Bual bicara tersebut berlansung selama 30 minit bermula dari pukul 2.30 petang. Pegawai Tadbir di Pejabat Daerah Lundu selaku Pegawai Koordinasi bagi Program Vaksinasi Lundu iatitu Encik Mohd Isa dijemput sebagai jemputan untuk bual bicara tersebut. Di dalam bual bicara tersebut Encik Mohd Isa menerangkan secara ringkas mengenai perkembangan keseluruhan program vaksinasi di Daerah Lundu, prosedur vaksinasi, jumlah penerima vaksinasi setakat ini, dan harapan pihak Pejabat Daerah Lundu untuk Program PPV Lundu. Bual bicara tersebut tamat pada pukul 3.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: