Kuiz Atas Talian Advokasi Klik Dengan Bijak (Tak Pasti, Jangan Kongsi)

7 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Kuiz atas talian Advokasi Klik Dengan Bijak (Tak Pasti, Jangan Kongsi) ini diadakan pada hari Ahad 6 Jun 2021. Kuiz tersebut diadakan bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran para pengguna internet mengenai penyebaran berita palsu dan tanggungjawab sebagai pengguna media sosial yang bijak.

Kuiz tersebut diadakan menggunakan Google Form. Kuiz tersebut merangkumi topik seperti Jangan Kongsi Kebohongan dan Menentusahkan Maklumat. Dalam kuiz tersebut para pengguna diberikan soalan berdasarkan video pendek mengenai Klik Dengan Bijak. Antara soalan yang disediakan, memerlukan pengguna untuk mengenalpasti langkah yang salah apabila mendapat sesuatu berita. Pengguna turut diminta untuk berkongsi pendapat dan pandangan mereka tentang cara untuk menggelakkan diri daripada menjadi penyebar berita palsu dan langkah yang perlu diambil sekiranya orang sekeliling menyebarkan maklumat yang tidak sahih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali