Kelas Microsoft PowerPoint (Penghasilan Gambar Thumbnail)

9 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Microsoft PowerPoint (Penghasilan Gambar Thumbnail) ini diadakan pada hari Selasa 8 Jun 2021. Kelas tersebut diadakan bagi memberi tunjuk ajar kepada pengguna tentang cara-cara untuk menghasilkan gambar “Thumbnail” yang ringkas dengan menggunakan Microsoft PowerPoint.

Kelas yang berlansung secara atas talian melalui Google Meet selama 1 jam ini bermula dari pukul 11.00 pagi, disertai oleh seorang pengguna dewasa. Pengguna diterangkan secara ringkas mengenai penggunaan gambar “Thumbnail”. Selepas itu, pengguna diberi tunjuk ajar tentang cara menghasilkan gambar mengikut tema yang dikehendaki menggunakan PowerPoint. Pengguna turut diajar cara mengedit gambar ikon, cara memasukkan gambar, cara menghasilkan latar belakang gambar “Thumbnail”, dan cara memuat turun serta cara menukar format gambar tersebut. Kelas tamat pada pukul 12.00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali