Kelas Asas Internet (Google Form)

7 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas Internet (Google Form) ini diadakan pada hari Ahad 6 Jun 2021. Kelas tersebut diadakan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pengguna dalam penggunaan Google Form.

Kelas yang berlansung secara atas talian melalui Google Meet selama 1 jam ini bermula daripada pukul 2.30 petang. Kelas ini disertai oleh seorang pengguna dewasa. Pengguna terlebih dahulu diterangkan mengenai fungsi dan maklumat asas lain mengenai Google Form. Kemudian pengguna diberi tunjuk ajar cara menghasilkan soal selidik menggunakan Google Form. Pengguna turut diajar cara memasukkan gambar, video, cara menukar tema, dan cara memeriksa respon atau hasil soal selidik daripada Google Form yang dihasilkan. Kelas tamat pada pukul 3.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali