Advokasi Klik Dengan Bijak (Ketagihan Internet)
6 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniAdvokasi Klik Dengan Bijak (Ketagihan Internet) ini diadakan pada hari Sabtu 5 Jun 2021. Kelas tersebut diadakan bagi meningkatkan kesedaran serta pengetahuan pengguna tentang keburukan ketagihan internet.
Kelas yang berlansung secara atas talian melalui Google Meet selama 30 minit ini bermula daripada pukul 10.30 pagi. Kelas ini disertai oleh seorang pengguna dewasa. Pengguna dijelaskan tentang maksud ketagihan internet, jenis-jenis ketagihan internet, kesan-kesan ketagihan internet daripada segi klinikal dan neurologikal, dan cara-cara mengatasi masalah ketagihan internet. Kelas tamat pada pukul 11.00 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: