Kelas Laman Web (PERKESO Pemulih)

24 November 2021 | Aktiviti Terkini

Program Pembugaran Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) ini diadakan pada hari Khamis 18 November 2021. Program tersebut diadakan bagi menyampaikan maklumat, perkhidmatan dan kemudahan yang terdapat di Pusat Ekonomi Digital kepada pihak sekolah di sekitar daerah dan ibu bapa pelajar.

Program tersebut diadakan secara atas talian menerusi Google Meet. Program ini berlansung selama 5 jam bermula dari pukul 8.30 pagi ini disertai oleh Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Lundu, para guru, ibu bapa dan staf PEDi kluster Lundu. Program dimulai dengan pengenalan mengenai PEDi yang terdapat di sekitar daerah Lundu oleh wakil staf daripada PEDi Lundu. Staf PEDi kemudian memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang pastinya dapat membantu proses belajar dari rumah seperti perkhidmatan mencetak, kemudahan komputer, wifi dan pelbagai lagi. Staf PEDi juga memberi penjelasan mengenai garis panduan dan operasi standard (SOP) PEDi terkini, keahlian dan kampung serta sekolah yang berdekatan dengan setiap PEDi. Staf turut menerangkan perkara berkaitan dengan Maxis eKelas yang boleh disertai oleh pelajar dari tahun 6 hingga tingkatan 5. Kelas tamat pada pukul 1.30 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali