Advokasi Klik Dengan Bijak (Buli Siber)

31 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Advokasi Klik Dengan Bijak (Buli Siber) ini diadakan pada hari Ahad 30 Mei 2021. Kelas tersebut diadakan bagi meningkatkan kesedaran serta pengetahuan pengguna mengenai salah laku buli siber.

Kelas yang berlansung secara atas talian melalui Google Meet selama 30 minit bermula dari pukul 4.30 petang ini disertai oleh 1 orang pelajar Sekolah Menengah. Pelajar dijelaskan mengenai maksud buli siber, contoh-contoh perlakuan buli siber, akibat atau kesan buli siber kepada mangsa serta pelaku, cara mengenali pembuli siber, dan apa yang perlu dilakukan sekiranya orang tersebut adalah mangsa kepada buli siber. Kelas tamat pada pukul 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali