Advokasi Klik Dengan Bijak (Berita Palsu)

31 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Advokasi Klik Dengan Bijak (Berita Palsu) atas talian ini diadakan pada hari Isnin 30 Ogos 2021. Kelas tersebut diadakan bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pengguna mengenai penyebaran berita palsu yang berleluasa melalui Internet.

Advokasi yang berlansung secara atas talian melalui Google Meet selama 30 minit bermula dari pukul 4.20 petang ini disertai oleh 1 pelajar sekolah menengah dan 1 orang dewasa. Dalam kelas tersebut staf PIK berkongsi dua video Klik Dengan Bijak berkaitan dengan berita palsu bagi meningkatkan kefahaman pengguna. Menerusi video tersebut staf PIK bersama pengguna berbincang mengenai mesej yang terdapat pada video tersebut. Kemudian staf PIK menerangkan mengenai contoh-contoh berita palsu, cara mendapatkan berita sahih, dan cara membandingkan berita palsu dan sahih. Kelas tamat pada pukul 4.50 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali