Kelas Asas Internet (Google Sheets)

31 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas Internet (Google Sheets) atas talian ini diadakan pada hari Jumaat 30 Julai 2021. Kelas tersebut diadakan bagi meningkatkan pengetahuan asas dan kemahiran pengguna dalam penggunaan Google Sheets.

Kelas yang berlansung secara atas talian melalui Google Meet selama 30 minit bermula dari pukul 11.00 pagi ini disertai oleh 1 orang dewasa. Staf PIK menjelaskan maklumat asas mengenai Google Sheets kepada pengguna. Kemudian staf menerangkan cara menghasilkan templat Google Sheets, cara memasukkan data bagi menggantikan templat kosong, cara menukar tetapan pautan, cara berkongsi pautan dan cara memuat turun fail. Kelas tamat pada pukul 11.30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali