Kelas Asas ICT (Menaip)
27 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniKelas Asas ICT (Menaip) ini diadakan pada hari Ahad 26 Disember 2021. Kelas tersebut diadakan bagi membantu dan membimbing murid sekolah rendah untuk menaip secara ringkas menggunakan Microsoft Word.
Kelas yang berlangsung di PEDi Kg Pandan selama 1 jam bermula dari pukul 2.00 petang ini disertai oleh 3 murid sekolah rendah. Kelas dimulai dengan menerangkan secara ringkas mengenai Microsoft Word kepada pengguna. Staf kemudian memberi tunjuk ajar cara menaip mengikut format tulisan yang telah ditunjukkan. Staf turut menerangkan kepada pengguna fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Word tersebut dan cara menyimpan dokumen tersebut ke dalam bentuk dokumen. Kelas tamat pada pukul 3.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: