Advokasi Klik Dengan Bijak (Sebenarnya.my)

29 September 2021 | Aktiviti Terkini

Advokasi Klik Dengan Bijak (Sebenarnya.my) ini diadakan pada hari Selasa 28 September 2021. Advokasi tersebut diadakan bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pengguna mengenai portal Sebenarnya.my.

Advokasi Klik Dengan Bijak yang berlansung secara atas talian menerusi Google Meet tersebut berlangsung selama 30 minit bermula dari pukul 4.00 petang ini disertai oleh 3 orang pelajar sekolah rendah dan 1 orang pelajar sekolah menengah. Advokasi dimulai dengan memperkenalkan portal Sebenarnya.my kepada para pengguna. Kemudian pengguna diterangkan mengenai fungsi dan matlamat utama portal tersebut dibina. Pengguna turut dijelaskan mengenai kandungan dan maklumat yang terdapat dalam portal tersebut seperti berita mengenai Covid-19 dan cara untuk melaporkan berita palsu melalui Sebenarnya.my. Kelas tamat pada pukul 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali