Kelas E-Learning (Advokasi KDB)

25 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas E-Learning (Advokasi KDB) diadakan pada hari Ahad 24 Januari 2021. Kelas tersebut diadakan bagi mendedahkan para pelajar dengan pembelajaran dalam talian dan bagi menerangkan tentang topik Advokasi Klik Dengan Bijak iaitu “Penipuan Atas Talian”.

Kelas yang berlansung di bilik latihan Pusat Internet Komuniti Kampung Pandan selama 1 jam bermula dari pukul 4.00 petang ini disertai oleh 4 orang pengguna terdiri daripada pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Dalam kelas berikut staf PIK menerangkan kepada para pelajar mengenai topik Klik Dengan Bijak tentang penipuan atas talian. Para pelajar dijelaskan mengenai jenis-jenis penipuan, contoh penipuan dilakukan atas talian, cara-cara mengelak penipuan atas talian dan impaknya kepada hidupan harian. Mereka turut diberikan kuiz ringkas sebelum tamat kelas. Kelas tersebut tamat pada pukul 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali