Kuiz Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2021

26 September 2021 | Aktiviti Terkini

Kuiz Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2021 ini diadakan bermula dari pengujung bulan Ogos sehingga 20 September 2021. Kuiz tersebut bertujuan untuk memupuk semangat patriotik dan meningkatkan pengetahuan orang awam tentang kemerdekaan dan negara Malaysia.

Kuiz berlansung secara atas talian menerusi platform Google Form dan telah dijawab oleh seramai 42 orang responden yang terdiri daripada mereka yang berumur 9 tahun sehingga 59 tahun. Terdapat 25 soalan di dalam kuiz tersebut yang merangkumi soalan berkaitan dengan fakta-fakta kemerdekaan dan pengetahuan mengenai negara Malaysia. Setiap soalan mempunyai markah dan peserta yang mendapat markah penuh diberi sagu hati beserta sijil penyertaan. Kuiz tersebut merupakan kerjasama bersama dengan Pusat Internet Komuniti Kluster Daerah Lundu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali