Pertandingan TikTok Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2021

25 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pertandingan TikTok Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2021 ini diadakan bersempena dengan hari kemerdekaan dan hari Malaysia 2021. Pertandingan ini diadakan bagi meningkatkan semangat kemerdekaan dan sambutan hari Malaysia di kalangan komuniti.

Pertandingan tersebut diadakan melalui medium media sosial TikTok dan peserta dikehendaki menghantar atau kongsi pautan video TikTok yang mereka hasilkan ke laman Facebook rasmi Menarik Di atau Facebook rasmi PIK untuk tujuan penilaian dan pemilihan pemenang. Untuk pertandingan ini PIK mengetengahkan tema patriotik dan cintakan negara. Pertandingan tersebut dimenangi oleh seorang pelajar sekolah menengah yang menghasilkan video sarat dengan mesej patriotisme.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali