Kelas Asas ICT

21 April 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas ICT ini diadakan pada hari Selasa 20 April 2021. Kelas tersebut diadakan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas pelajar dalam mencari maklumat serta rujukan menggunakan Internet.

Kelas yang berlansung di Pusat Internet Komuniti Kg Pandan selama 1 jam 30 minit bermula dari pukul 03.00 petang ini disertai oleh 1 orang pelajar Sekolah Rendah. Dalam kelas berikut staf PIK Kg Pandan memberi tunjuk ajar kepada pelajar cara mencari maklumat serta rujukan mengenai perkara yang pelajar perlukan bagi tugasannya. Pelajar diajar cara mencari maklumat menggunakan laman web Google serta cara mencari rujukan menerusi laman web Youtube. Kelas tersebut tamat pada pukul 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali