Tutorial Penghasilan Gambar Thumbnail

20 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Tutorial penghasilan gambar “Thumbnail” atas talian ini diadakan pada hari Isnin 19 Julai 2021. Kelas tersebut diadakan bagi memberi tunjuk ajar tentang cara-cara untuk menghasilkan gambar “Thumbnail” yang ringkas dengan menggunakan Microsoft PowerPoint untuk digunakan sebagai muka depan saluran YouTube.

Tutorial tersebut dikongsikan staf PIK ke media sosial rasmi Pusat Internet Komuniti Kg Pandan. Pengguna diterangkan secara ringkas mengenai penggunaan gambar “Thumbnail”. Kemudian, pengguna diberi tunjuk ajar tentang cara menghasilkan gambar mengikut tema yang dikehendaki menggunakan PowerPoint. Pengguna turut diajar cara mengedit gambar ikon, cara memasukkan gambar, cara menghasilkan latar belakang gambar “Thumbnail”, dan cara memuat turun serta cara menukar format gambar tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali