Advokasi KDB (Perlindungan Kanak-kanak Dalam Dunia Siber)

26 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Advokasi Klik Dengan Bijak, Perlindungan kanak-kanak dalam dunia siber ini diadakan pada hari Ahad 25 Julai 2021. Advokasi tersebut diadakan bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pengguna tentang perlindungan terhadap kanak-kanak dalam dunia siber.

Advokasi KDB tersebut berlansung selama 30 minit bermula pada pukul 9.00 pagi menerusi atas talian menggunakan Google Meet, dan disertai oleh 2 orang pelajar. Pelajar diterangkan mengenai beberapa topik seperti perlindungan Undang-undang diberikan kepada kanak-kanak, hak kanak-kanak di zaman digital, jenis keganasan dunia siber, risiko internet terhadap kanak-kanak dan persekitaran atas talian yang selamat untuk kanak-kanak. Advokasi KDB ini tamat pada pukul 9.30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali