Kelas Keusahawanan Shopee

18 September 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Keusahawanan Shopee atas talian ini diadakan pada hari Jumaat 17 September 2021. Kelas tersebut diadakan bagi memberi bimbingan kepada para usahawan mengenai fungsi penghantaran Shopee.

Kelas yang berlansung secara atas talian melalui Google Meet selama 1 jam 30 minit bermula dari pukul 2.30 petang ini disertai oleh 8 orang dewasa. Kelas tersebut adalah kerjasama dengan PIK kluster Daerah Lundu. Dalam kelas berikut staf PIK memberi penerangan mengenai fungsi penghantaran yang terdapat di dalam Shopee. Usahawan diterangkan mengenai cara mengaktifkan fungsi penghantaran standard dan penghantaran mengikut pilihan penjual. Staf juga menerangkan kepada usahawan mengenai fungsi diskaun dan baucer. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali