Kelas Microsoft Word (Surat Rasmi)
15 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniKelas Microsoft Word (Surat Rasmi) ini diadakan pada hari Sabtu, 14 Ogos 2021. Kelas tersebut diadakan bagi meningkatkan kemahiran asas pengguna dalam penggunaan Microsoft Word untuk membuat surat rasmi.
Kelas yang berlansung secara atas talian melalui Google Meet selama 30 minit ini bermula dari pukul 11.00 pagi, disertai oleh 1 orang pengguna dewasa. Pengguna terlebih dahulu dijelaskan tentang kemahiran asas berkenaan dengan perisian Microsoft Word. Seterusnya pengguna diterangkan tentang cara-cara membuat surat rasmi. Pengguna juga diberi tunjuk ajar tentang format yang diperlukan dalam pembikinan surat rasmi. Kelas tamat pada pukul 11.30 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: