Kelas Microsoft Word (Penghasilan Peta)

16 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Microsoft Word (Penghasilan Peta) atas talian ini diadakan pada hari Ahad 15 Ogos 2021. Kelas tersebut diadakan bagi meningkatkan pengetahuan asas dan kemahiran pengguna dalam penggunaan Microsoft Word.

Kelas yang berlansung secara atas talian melalui Google Meet selama 30 minit bermula dari pukul 8.45 pagi ini disertai oleh 1 orang dewasa. Dalam kelas berikut staf PIK menerangkan fungsi-fungsi asas yang terdapat pada Microsoft Word yang digunakan untuk menghasilkan peta seperti bentuk, garis sempadan, cara memasukkan teks pendek ke dalam bentuk, cara menghasilkan anak panah, dan cara melaras kedudukan peta. Kemudian staf PIK memberi tunjuk ajar kepada pengguna tentang cara menghasilkan peta rumah inap perniagaan milik keluarganya menggunakan Microsoft Word. Kelas tamat pada pukul 9.15 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali