Kelas Keusahawanan E-Kelas Maxis

3 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Keusahawanan E-Kelas Maxis ini diadakan pada hari Sabtu 2 Oktober 2021. Kelas tersebut diadakan bagi menambah pengetahuan dan kemahiran usahawan mengenai perniagaan atas talian.

Kelas Keusahawanan E-Kelas Maxis yang berlangsung secara atas talian menerusi Zoom tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari pukul 3.00 petang ini disertai oleh 1 orang usahawan PIK Kg Pandan dan staf PIK Kg Pandan. Kelas tersebut dimulai dengan penerangan mengenai program tersebut dan sesi memperkenalkan ahli panel. Kemudian ahli panel menjelaskan tentang topik seperti cara penulisan, persona dan target pembeli, perancangan kempen dan strategi, kandungan iklan dan promosi, kalendar kandungan, dan petua dalam perniagaan. Kelas tersebut tamat pada pukul 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali