Kelas Asas Internet (Google Meet PDPR)

14 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas Internet (Google Meet PDPR) ini diadakan pada hari Rabu 13 Oktober 2021. Kelas tersebut diadakan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar menggunakan laman web Google Meet.

Kelas yang berlansung secara atas talian menerusi Google Meet tersebut berlangsung selama 30 minit bermula dari pukul 12.00 tengah hari ini disertai oleh 1 orang pelajar sekolah menengah. Kelas dimulai dengan menerangkan mengenai laman web Google Meet kepada pelajar. Staf PIK kemudian memberi tunjuk ajar kepada para pelajar tentang fungsi dan cara kongsi skrin menggunakan Google Meet. Staf turut mengajar pelajar cara menentukan dan menukar tetapan untuk tujuan pembentangan atas talian PDPR. Kelas tamat pada pukul 12.30 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali