Kelas Asas Google Meet

14 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas Google Meet atas talian ini diadakan pada hari Ahad 13 Jun 2021. Kelas tersebut diadakan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengguna dalam penggunaan Google Meet bagi tujuan pembentangan.

Kelas yang berlansung secara atas talian melalui Google Meet selama 30 minit bermula dari pukul 12.15 tengah hari ini disertai oleh 1 orang dewasa. Staf PIK menerangkan tentang fungsi-fungsi asas yang terdapat pada Google Meet. Kemudian staf memberi tunjuk ajar cara menggunakan papan putih digital yang terdapat dalam Google Meet, fungsi yang sesuai untuk digunakan bagi pembentangan. Kelas tamat pada pukul 12.45 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali