Temu Ramah Mengenai Vaksin Covid-19

13 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Temu ramah dikongsi ke Facebook Rasmi Pusat Internet Komuniti Kg Pandan pada hari Isnin 12 Julai 2021. Temu ramah tersebut diadakan bagi berkongsi informasi mengenai program vaksinasi Daerah Lundu dan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai vaksin Covid-19.

Video temu ramah berdurasi selama 15 minit tersebut adalah hasil kerjasama bersama Pusat Internet Komuniti Kg Stungkor Baru dan Doktor Pariksit selaku Penyelaras bagi Program Imunisasi Kebangsaan di Pusat Pemberian Vaksin Daerah Lundu. Di dalam temu ramah tersebut Doktor Pariksit menerangkan secara ringkas mengenai perkembangan keseluruhan program vaksinasi di Daerah Lundu, jenis vaksin yang digunakan, persediaan untuk vaksinasi, golongan yang boleh dan tidak boleh menerima vaksin, dan soal jawab mengenai persoalan vaksin Covid-19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali