Kelas E-Learning Atas Talian (PJPK Tahun 1)

9 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas E-Learning atas talian ini diadakan pada hari Jumaat 8 Oktober 2021. Kelas tersebut diadakan bagi meningkatkan pengetahuan asas dan kemahiran pelajar dalam penggunaan laman web secara atas talian.

Kelas yang berlansung secara atas talian melalui Google Meet selama 30 minit bermula dari pukul 4.00 petang ini disertai oleh 1 orang pelajar Sekolah Rendah. Staf PIK menjelaskan kepada pelajar tentang laman web yang boleh dilayari bagi membantu pelajar untuk membuat ulangkaji pelajaran, contohnya bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kelas tamat pada pukul 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali