Kelas Microsoft Word

22 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Jun 2020, Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan Kelas Microsoft Word. Kelas ini dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pengguna dengan perisian Microsoft Word. Dalam kelas ini, pengguna diberi tunjuk ajar dan dikehendaki menyenaraikan pengajaran yang mereka perolehi daripada Advokasi Klik Dengan Bijak (Buli Siber) menggunakan Microsoft Word mengikut kefahaman dan kreativiti masing-masing. Kelas ini disertai oleh 5 orang pelajar. Kelas ini berlangsung selama 1 jam bermula pada jam 4.00 petang hingga 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali