Kelas Multimedia (Gambar Thumbnail)

15 November 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Multimedia membuat gambar Thumbnail diadakan pada minggu ini pada hari, Sabtu 14 November 2020. Kelas Multimedia membuat gambar Thumbnail ini diadakan secara atas talian menerusi Google Meet. Kursus atas talian yang berlansung di Bilik Latihan Pusat Internet Komuniti Kg Pandan ini berlansung selama 1 jam bermula dari pukul 10.00 pagi ini disertai oleh 7 orang wakil dari PIK Kluster Lundu. Dalam kelas berikut staf PIK Kg Pandan berkolaborasi bersama PIK Stungkor Baru menerangkan tentang cara-cara untuk menghasilkan dan memuat naik gambar Thumbnail di StreamYard bagi tujuan promosi kelas ICT secara atas talian menerusi laman rasmi Facebook PIK masing-masing. Kelas tamat pada pukul 11.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali