Kursus TOT Stream Yard (Pengurus PI Sarawak)

9 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Ogos 2020, Pengurus Pusat Internet Kg Pandan telah mengikuti kursus yang dikendali oleh PI Kg Taee iaitu kursus “TOT Stream Yard Live Streaming Video”. Kursus ini diadakan bagi melatih Pengurus-pengurus Pusat Internet di Sarawak dalam penggunaan “Stream Yard Live Streaming Video”. Staf Pusat Internet diberi tunjuk ajar oleh staf PI Kg Taee tentang cara-cara mendaftar dan cara menggunakan Stream Yard untuk aktiviti atau kelas di Pusat Internet. Kelas ini disertai oleh Pengurus staf Pusat Internet Sarawak dan berlangsung selama 1 jam 30 minit bermula pada jam 9.30 pagi hingga 11.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali