Pendaftaran Laman Web SPA & E-recruitment Sarawak

2 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada hari Ahad, 1 November 2020 staf PIK Kg Pandan telah membantu pengguna dalam membuat pendaftaran di laman web rasmi SPA dan E-recruitment Sarawak. Pendaftaran maklumat di laman web rasmi SPA dan E-recruitment Sarawak berikut berlangsung di Pusat Internet Komuniti Kg Pandan, selama 1 jam bermula dari pukul 11.30 pagi ini disertai oleh 1 orang pengguna dewasa lepasan IPT. Staf PIK membantu membimbing pengguna dalam proses pendaftaran dan kemasukan maklumat diri ke dalam laman web tersebut. Pengguna selesai membuat pendaftaran pada pukul 12.30 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali