Pengumuman Peraturan atau SOP Pusat Internet Kg Pandan

19 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Berikutan peningkatan kes COVID-19 yang melanda negara pada ketika ini, kami dari Pusat Internet Kampung Pandan akan mengadakan beberapa aktiviti secara atas talian melalui laman Facebook kami. Kami akan mengumumkan aktiviti-aktiviti atas talian dari masa ke semasa menerusi laman Facebook dan Instagram rasmi Pusat Internet Kampung Pandan.

Namun, kelas secara fizikal akan turut diadakan di Pusat Internet tetapi mengikut SOP yang telah ditetapkan iaitu had untuk 5 orang sahaja dan kelas akan berlangsung selama 30 minit sahaja. Manakala untuk para pengguna, hanya 10 orang dibenarkan masuk dalam satu-satu masa dan dihadkan berada di dalam PI selama 2 jam sahaja (bergantung kepada jumlah pengguna semasa). Sebarang perubahan tarikh aktiviti akan dimaklumkan. Segala kesulitan amatlah dikesali. Terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali