Slot Usahawan (Promosi produk di media sosial)
26 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniAktiviti secara atas talian diteruskan lagi bagi minggu ini pada hari, Ahad 25 Oktober 2020. Slot Usahawan (Promosi produk di media sosial) pada minggu ini diadakan secara atas talian menerusi StreamYard dengan kolaborasi bersama usahawan PIK Kg Pandan iaitu Cik Shazwina, pengusaha S & S Collection.
Promosi produk atas talian yang berlansung di Bilik Latihan Pusat Internet Komuniti Kg Pandan, selama 30 minit bermula dari pukul 11.00 pagi ini disertai oleh 5 orang peserta secara atas talian. Usahawan turut diberikan tunjuk ajar oleh staf PIK tentang cara-cara menggunakan Streamyard untuk tujuan siaran langsung dan cara mempromosikan produk menerusi media sosial. Kelas tamat pada pukul 11.30 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: