Kelas Microsoft PowerPoint (Aktiviti Hari Malaysia)

13 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 12 September 2020, Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan Kelas Microsoft PowerPoint (Aktiviti Hari Malaysia). Kelas ini dijalankan bagi menyambut Hari Malaysia dan membantu para pelajar menghayati dan lebih memahami sambutan hari Malaysia melalui ICT. Dalam kelas ini para pelajar diterangkan tentang sejarah hari Malaysia dan mereka dikehendaki mencari maklumat lanjut menerusi Internet dan membuat slaid ringkas mengenai hari Malaysia menggunakan Microsoft PowerPoint mengikut kreativiti masing-masing. Kelas ini disertai oleh 3 orang pelajar Sekolah Rendah dan berlangsung selama 1 jam bermula pada jam 3.00 petang hingga 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali