Kelas Multimedia - Movie Maker

19 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Januari 2020, Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan Kelas Multimedia – Movie Maker. Peserta yang terlibat adalah seramai 3 orang. Kelas ini dijalankan bagi menambahkan pengetahuan para peserta dalam menggunakan perisian Movie Maker dalam menghasilkan video. Dalam kelas ini, peserta merakam kemudian menyunting video mereka untuk Pertandingan video dan fotografi anjuran PI Kg Pandan. Kelas ini berlangsung selama 4 jam dari jam 1100 pagi hingga 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali