Kelas Multimedia Video

3 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Februari 2020, Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan Kelas Multimedia Video. Peserta yang terlibat adalah seramai 3 orang. Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan para pelajar dalam penghasilan video dan penggunaan perisian multimedia di dalam komputer. Untuk kelas ini, para pelajar diberi tunjuk ajar untuk menyunting video mereka bagi Pertandingan video dan fotografi anjuran PI Kg Pandan. Kelas ini berlangsung selama 1 jam dari jam 2.15 petang hingga 3.15 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali