Train The Trainer - Kursus Asas Shopee
13 November 2020 | Aktiviti TerkiniPada 12 November 2020, Pusat Internet Komuniti Kg Pandan telah mengikuti Webinar Kursus Asas Shopee. Webinar ini dijalankan dalam dua slot, slot yang pertama adalah Shopee Universiti Asas: Mulakan bisnes e-Dagang bersama Shopee, dalam slot ini pihak Shopee memberi bimbingan kepada staf tentang langkah-langkah untuk memulakan perniagaan melalui Shopee dan maklumat serta ilmu asas mengenai bisnes Shopee.
Bagi slot kedua pula, pihak Shopee berkongsi petua pemasaran dan promosi yang boleh dilakukan di Shopee bagi memperkenalkan dan meningkatkan hasil jualan. Webinar ini disertai oleh Pusat Internet yang terpilih dari seluruh Malaysia dan berlangsung selama 3 jam bermula pada jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: