Kelas Multimedia (Video)

26 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 25 September 2020, Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan Kelas Mutimedia (video). Kelas ini dijalankan bagi membantu pelajar menghasilkan video pembentangan kelas menggunakan perisian Windows Movie Maker. Dalam kelas ini staf PI memberi bimbingan kepada pelajar cara-cara memasukkan maklumat ke dalam video, cara memasukkan audio dan video ringkas serta cara menyunting video mengikut kreativiti. Kelas ini disertai oleh 1 orang pelajar Sekolah Menengah dan berlangsung selama 1 jam bermula pada jam 3.30 petang hingga 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali