Kelas Internet

9 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Ogos 2020, Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan Kelas Internet. Kelas ini dijalankan bagi membantu para pengguna mencari idea untuk menghasilkan poster dengan mencari rujukan di Internet. Dalam kelas ini pengguna diberikan tunjuk ajar tentang cara-cara untuk mencari contoh-contoh poster atau gambar-gambar kemerdekaan di Internet untuk dijadikan rujukan bagi mereka menghasilkan poster digital bagi aktiviti kemerdekaan PI Kg Pandan pada yang akan diadakan pada hujung bulan Ogos ini. Kelas ini disertai oleh 5 orang pelajar dan berlangsung selama 1 jam bermula pada jam 3.30 petang hingga 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali