Kelas Asas ICT dan Internet

17 November 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas asas ICT dan Internet diadakan pada minggu ini pada hari, Isnin 16 November 2020. Kelas ini diadakan bagi membantu pelajar sekolah mengakses tugasan yang diberikan oleh Sekolah dan bagi membantu pelajar menghantar tugasan secara atas talian. Kelas yang berlansung di Pusat Internet Komuniti Kg Pandan ini berlansung selama 1 jam bermula dari pukul 2.00 petang ini disertai oleh 1 orang pelajar Sekolah Rendah.

Dalam kelas berikut staf PIK Kg Pandan memberikan tunjuk ajar kepada pelajar tentang cara-cara mengakses tugasan yang diberikan menerusi Google Form dan cara menggunakan Google Form. Pelajar turut diberi tunjuk ajar tentang cara memuat naik tugasan, untuk dihantar semula kepada Cikgu secara atas talian. Kelas tamat pada pukul 3.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali