Advokasi Klik Dengan Bijak di SMK Senibong, Lundu

12 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Mac 2020, Pusat Internet Kg Pandan bersama dengan Pusat Internet kluster Lundu yang lain telah dijemput untuk mengadakan Advokasi Klik Dengan Bijak oleh pihak sekolah SMK Senibong, Lundu. Advokasi Klik Dengan Bijak pada hari tersebut disertai oleh pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2, dan 3 dengan jumlah keseluruhannya seramai 397 orang.

Advokasi tersebut membincangkan topik-topik seperti, penipuan kewangan, buli siber, ketagihan Internet dan lain-lain. Permainan dan kuiz berkaitan Klik Dengan Bijak turut dilaksanakan bagi aktiviti tambahan. Advokasi Klik Dengan Bijak tersebut berlangsung selama 3 jam, bermula pukul 10.30 pagi hingga 1.30 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali