Advokasi Klik Dengan Bijak di SK Stunggang, Lundu

30 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 29 January 2020, Pusat Internet Kg Pandan bersama dengan Pusat Internet kluster Lundu yang lain telah dijemput untuk mengadakan Advokasi Klik Dengan Bijak oleh pihak sekolah SK Stunggang, Lundu. Advokasi Klik Dengan Bijak pada hari tersebut disertai oleh pelajar-pelajar Tahun 4, 5, dan 6 dengan jumlah keseluruhannya seramai 71 orang. Advokasi tersebut membincangkan topik-topik seperti, penipuan kewangan, buli siber, dan ketagihan Internet. Advokasi Klik Dengan Bijak tersebut berlangsung selama 3 jam, bermula pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali