Advokasi Klik Dengan Bijak (Maklumat Palsu)

25 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas ICT menerusi atas talian (Streamyard) diteruskan lagi bagi minggu ini pada hari, Sabtu 24 Oktober 2020. Advokasi Klik Dengan Bijak (Maklumat Palsu) ini diadakan secara atas talian menerusi StreamYard. Advokasi ringkas atas talian yang berlansung di Bilik Latihan Pusat Internet Komuniti Kg Pandan, selama 12 minit bermula dari pukul 2.40 petang ini disertai oleh seramai 6 orang peserta (4 dewasa dan 2 pelajar). Dalam kelas berikut staf PI menerangkan tentang kesedaran dan kesalahan mengenai penyebaran maklumat palsu. Kelas tamat pada pukul 2.52 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali