Kelas Penghasilan Gambar Passport

18 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas ICT diteruskan lagi bagi minggu ini pada hari, Sabtu 17 Oktober 2020. Kelas penghasilan gambar passport pada minggu ini diadakan secara dalam talian menerusi StreamYard dengan kolaborasi bersama Pusat Internet Sampadi. Kelas dalam talian yang berlansung di Bilik Latihan Pusat Internet Kg Pandan, selama 30 minit bermula dari pukul 1100 pagi hingga 1130 pagi ini disertai oleh seramai 8 orang peserta.

Manakala untuk kelas fizikal di Bilik Latihan PI Kg Pandan turut berlangsung selama 30 minit bermula dari pukul 1130 pagi hingga 1200 tengah hari disertai oleh 3 orang pelajar Sekolah Rendah. Dalam kelas berikut staf PI menerangkan tentang cara-cara penghasilan gambar passport dengan mudah menggunakan Microsoft PowerPoint. Kelas tamat pada pukul 12.00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali