Hebahan Kempen Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong
31 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniHebahan ini dilakukan melalui beberapa medium melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook, Instagram dan Whatsapp. Kempen ini dijalankan bagi mempromosikan nilai-nilai positif yang harus diamalkan oleh pengguna Internet serta bagi memberi kesedaran dalam penyebaran berita palsu kepada masyarakat. Kempen ini turut bertujuan untuk mendidik masyarakat supaya tidak berkongsi pembohongan, bersama-sama mempromosikan portal sebenarnya.my dan mengingatkan masyarakat bahawa penyebaran kandungan palsu atau tidak benar adalah salah di sisi undang-undang.
Elakkan daripada menyampaikan sesuatu berita tanpa menyemak kesahihannya terlebih dahulu. Fikir dahulu sebelum menyampaikan sesuatu berita. Cerita yang kita sampaikan mungkin memberikan kesan negatif ke atas kehidupan seseorang serta reputasi mereka. Kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong. Amalkan prinsip Rukun Negara demi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan Negara. Jom Klik Dengan Bijak!
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: