Kelas Asas ICT (Emel)

9 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 8 September 2020, Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan Kelas Asas ICT (Emel). Kelas ini dijalankan bagi membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengguna menggunakan emel dalam kehidupan seharian. Dalam kelas ini pengguna diberikan tunjuk ajar tentang cara-cara menghantar emel dan etika dalam penulisan emel secara formal. Kelas ini disertai oleh 1 orang belia dan berlangsung selama 1 jam bermula pada jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali