Kelas E-Learning (Aktiviti Hari Malaysia)

14 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 13 September 2020, Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan Kelas E-Learning (Aktiviti Hari Malaysia). Kelas ini dijalankan bagi menyambut Hari Malaysia dan memupuk semangat patriotik para pelajar melalui ICT. Dalam kelas ini staf PI memberi bimbingan kepada para pelajar dalam mencari rujukan melalui Internet dan menghasilkan produk berkaitan Hari Malaysia menggunakan bahan terpakai berpandukan tutorial daripada Youtube. Kelas ini disertai oleh 3 orang pelajar Sekolah Rendah dan berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali